projekmmoBerita

Hasrat pulang bersama, suami maut dalam api

Anggota bomba memadam kebakaran di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat Sungai Petani, 7 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaAnggota bomba memadam kebakaran di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat Sungai Petani, 7 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaSUNGAI PETANI, 7 Nov — Harapan seorang pekerja kilang untuk pulang bersama ke Surabaya, Indonesia berkecai apabila suaminya maut terbakar pagi tadi. 

Habi Tokrimin, 40, rentung bersama empat yang lain dalam kebakaran di Kampung Baru Sungai Gelugor di Taman Petani Jaya di sini, lapor Harian Metro.

"Suami seorang yang penyayang dan baik malah terkejut apabila mendapat berita dia antara mangsa rentung dalam kebakaran itu," kata Widayulita Arin, 22. 

Pasangan itu bersama dua lagi saudaranya merancang berlepas dari lapangan terbang Pulau Pinang jam 3 petang tadi untuk pulang ke Jawa Timur. 

Namun, ketika pulang jam 7.30 pagi, Widayulita yang tinggal di asrama kilang baru menyedari beliau sudah kehilangan suaminya dalam tragedi itu. 

Pada mulanya beliau pelik melihat orang ramai berkerumun di kawasan rumahnya dan dilarang masuk oleh pihak berkuasa, lapor portal itu lagi.

"Beberapa rakan kemudian memaklumkan rumah terbakar dan lima rentung termasuk suami saya," katanya, yang baru berkahwin lebih setahun. 

Lagi Video di MMOTV