projekmmoBerita

Harga RON, diesel turun hingga 21 Feb

Harga petrol RON 95 turun 10 sen kepada RM2.23 sen seliter manakala RON 97 turun 11 sen menjadi RM2.50 seliter hingga 21 Feb 2018. — Foto ReutersHarga petrol RON 95 turun 10 sen kepada RM2.23 sen seliter manakala RON 97 turun 11 sen menjadi RM2.50 seliter hingga 21 Feb 2018. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 14 Feb — Harga petrol RON 95 turun 10 sen kepada RM2.23 sen seliter manakala RON 97 turun 11 sen menjadi RM2.50 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga minyak diesel juga turun 12 sen, daripada RM2.31 kepada RM2.19 seliter, umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kali terakhir harga minyak jatuh serendah ini pada Oktober tahun lalu, ketika RON95 pada harga RM2.20 seliter, RON97 (RM2.50) dan diesel (RM2.13).

Harga runcit bahan api itu ditetapkan secara mingguan hingga 21 Februari ini.

Lagi Video di MMOTV