projekmmoBerita

Harga petrol naik, diesel turun dua sen

Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 meningkat berbanding minggu lalu manakala diesel turun. — Foto BernamaHarga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 meningkat berbanding minggu lalu manakala diesel turun. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 16 Ogos — Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 meningkat berbanding minggu lalu, manakala diesel menurun berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini, bagi tempoh 17 hingga 23 Ogos.

Infografik laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menunjukkan harga runcit petrol RON95 naik tiga sen kepada RM2.15 seliter manakala harga runcit petrol RON97 naik empat sen kepada RM2.43 seliter.

Harga runcit diesel turun dua sen kepada RM2.04 seliter.

Bagi minggu sebelum ini iaitu 10 Ogos hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM2.12 seliter, RON97 (RM2.39 seliter) dan diesel (RM2.06 seliter). — Bernama

Lagi Video di MMOTV