projekmmoBerita

Harga petrol naik 1 sen, diesel 3 sen

Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing meningkat sebanyak satu sen kepada RM2.16 sen dan RM2.44 seliter berkuat kuasa esok hingga 6 Sept. — Foto oleh K.E.OoiHarga runcit RON95 dan RON97 masing-masing meningkat sebanyak satu sen kepada RM2.16 sen dan RM2.44 seliter berkuat kuasa esok hingga 6 Sept. — Foto oleh K.E.OoiKUALA LUMPUR, 30 Ogos — Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing meningkat sebanyak satu sen kepada RM2.16 sen dan RM2.44 seliter berkuat kuasa esok hingga 6 Sept.

Harga diesel pula naik tiga sen kepada RM2.04 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui infografik di laman sesawangnya menyatakan harga baharu mingguan itu berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam ini.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 24 hingga 30 Ogos, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.15 seliter, RON97 (RM2.43 seliter) dan diesel (RM2.01 seliter).— Bernama

Lagi Video di MMOTV