projekmmoBerita

Harga petrol, diesel naik hingga 16 Ogos

Harga runcit petrol RON95 naik lima sen kepada RM2.12 seliter manakala harga runcit petrol RON97 naik tujuh sen kepada RM2.39 seliter. — Foto oleh Azinuddin GhazaliHarga runcit petrol RON95 naik lima sen kepada RM2.12 seliter manakala harga runcit petrol RON97 naik tujuh sen kepada RM2.39 seliter. — Foto oleh Azinuddin GhazaliKUALA LUMPUR, 9 Ogos — Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 serta diesel meningkat berbanding minggu lalu, berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini bagi tempoh 10 hingga 16 Ogos.

Infografik laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menunjukkan harga runcit petrol RON95 naik lima sen kepada RM2.12 seliter manakala harga runcit petrol RON97 naik tujuh sen kepada RM2.39 seliter.

Harga runcit diesel pula naik satu sen kepada RM2.06 seliter.

Bagi minggu sebelum ini iaitu 3 Ogos hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM2.07 seliter, RON97 (RM2.32 seliter) dan diesel (RM2.05 seliter). — Bernama

Lagi Video di MMOTV