projekmmoBerita

Hantar anak saudara ke asrama, warga emas rogol dulu

Polis Lawas menahan seorang lelaki warga emas yang disyaki mencabul dan merogol anak saudaranya.  — Paparan skrin GooglePolis Lawas menahan seorang lelaki warga emas yang disyaki mencabul dan merogol anak saudaranya. — Paparan skrin GoogleLAWAS, 2 Feb — Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas disyaki mencabul dan merogol anak saudara sendiri.

Ketua polis Lawas berkata suspek, 62 tahun, ditahan di rumahnya di Kampung Meriting, Sundar di sini pada jam 10.30 pagi semalam, lapor Utusan Online.

DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mangsa, 14 tahun, dibawa ibu angkatnya ke hospital, diperiksa seorang doktor yang kemudian membuat laporan polis.

“Mangsa mendakwa suspek sudah beberapa kali mencabul dan merogolnya di dalam kereta apabila menghantarnya pulang ke asrama pada hujung minggu," katanya.

“Kali terakhir [suspek] melakukan perbuatan itu pada November tahun lalu".

Permohonan reman suspek dibuat hari ini. Kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Lagi Video di MMOTV