projekmmoBerita

Habitat pupus, banyak tapir ‘tersesat’ di jalan raya

Banyak tapir tersesat akibat habitat asalnya pupus hingga membahayakan pengguna jalan raya.  —  Foto ihsan Facebook/Boy Dato MustafaBanyak tapir tersesat akibat habitat asalnya pupus hingga membahayakan pengguna jalan raya. — Foto ihsan Facebook/Boy Dato MustafaKUALA LUMPUR, 17 Julai — Banyak tapir “tersesat” di jalan raya akibat habitat asal pupus berikutan kerancakan projek pembangunan perumahan.

Ketua pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan dan Taman Negara (Perhilitan) berkata tapir dipercayai masuk semula ke hutan berhampiran selepas tersesat.

Abdul Kadir Abu Hashim berkata kekerapan tapir atau nama saintifiknya Tapirus Indicus dilanggar mati di Selangor dan Terengganu membimbangkan.

Boleh mencederakan pengguna jalan raya, beliau berkata tapir bukan haiwan agresif, bergerak perlahan dan cepat melarikan diri jika terserempak manusia.

Abdul Kadir berkata ada kira-kira 1,000 populasi tapir di negara ini tetapi bilangannya semakin berkurangan. 

“Setakat ini, tapir yang tersesat atau cedera dihantar ke Pusat konvervasi Tapir Rizah Hidupan Liar Sungai Dusun di Ulu Bernam untuk dipulihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kemunculan tapir atau tenuk berkeliaran di kawasan perumahan Blok 6, Bandar Tasik Puteri, di Rawang, awal minggu lalu.

Lagi Video di MMOTV