projekmmoBerita

Ganjaran RM3 seekor jika bawa tikus ke MBPJ

Datuk Mohd Azizi Mohd Zain menyatakan kempen menangkap tikus tidak berkesan jika premis dibiarkan kotor. — Foto ihsan Facebook/Majlis Bandaraya Petaling JayaDatuk Mohd Azizi Mohd Zain menyatakan kempen menangkap tikus tidak berkesan jika premis dibiarkan kotor. — Foto ihsan Facebook/Majlis Bandaraya Petaling JayaPETALING JAYA, 4 Dis — Jika anda ingin wang dan sedang memerangi tikus, peluang terbuka untuk mendapat RM3 bagi seekor mamalia perosak itu.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan insentif tersebut jika anda menangkap dalam tempoh kempen yang berakhir 7 Disember ini.

Ganjaran diberi ketika tangkapan diserah antara 9 pagi hingga 11 pagi setiap hari di gelanggang bola keranjang SS2 di Jalan SS2/61, lapor mStar Online.

Ketika melancarkan kempen itu Khamis lalu, datuk bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain menegaskan tuntutan untuk tangkapan di daerah ini sahaja.

MBPJ menerima 55 aduan berkaitan tikus dan 1,587 ekor haiwan tersebut ditangkap sejak awal tahun hingga Oktober.  

Lagi Video di MMOTV