projekmmoBerita

Gambar bertudung penyampai radio disunting jadi foto lucah

Zulin Aziz terkejut gambarnya disunting menjadi foto lucah dalam satu akaun Twitter. — Foto ihsan Instagram/Zulin AzizZulin Aziz terkejut gambarnya disunting menjadi foto lucah dalam satu akaun Twitter. — Foto ihsan Instagram/Zulin AzizKUALA LUMPUR, 9 Okt — Pelakon dan penyampai radio terkejut beberapa gambarnya bertudung disunting menjadi foto lucah.

Zulin Aziz mendapati wajahnya digunakan dengan tubuh orang lain dimuatkan dalam Twitter beserta keterangan lucah, lapor Harian Metro.

“Memang sah bukan tubuh saya kerana ‘orang’ dalam gambar itu sangat gemuk. Walaupun ia bukan saya dan saya maklum ia disunting, saya tetap terkejut kerana ada individu tergamak melakukan perkara sebegitu,” katanya.

Penyampai radio Suria FM itu syak akaun yang sudah dipadam dikendalikan wanita atau remaja kerana suntingan dan kata-katanya keanak-anakan.

Bimbang timbul salah faham, beliau yang menyifatkan perbuatan itu mengaibkannya akan membuat laporan polis jika kejadian tersebut berulang.

Zulin, nama sebenar Farah Azleenda Abd Aziz, 28, meminta peminat mengadu ke Twitter terhadap akaun @OoWh4 yang turut memuatkan video lucah, dengan membuat “report”, lapor Kosmo!.

Lagi Video di MMOTV