projekmmoBerita

Fattah, Fazura ke Mekah di tengah spekulasi nikah

Fattah Amin dan Fazura tidak mengesahkan atau menafikan spekulasi mereka bertunang atau bernikah. — Foto oleh Choo Choy MayFattah Amin dan Fazura tidak mengesahkan atau menafikan spekulasi mereka bertunang atau bernikah. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 15 Nov ― Di tengah-tengah spekulasi pernikahan Fattah Amin dan Fazura, kedua-dua pelakon itu berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah.

Disertai ahli keluarga kedua-dua pelakon dan wakil pengurusan, dua pelakon sensasi itu berlepas pagi tadi, lapor Sinar Harian.

“Dengan rendah hati, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar,” kata mereka dalam kenyataan.

Pasangan pelakon, dispekulasi bakal berkahwin sejak beberapa minggu lalu, dijadual mengadakan sidang media pada 23 November ini.

Fazura bersama Fattah Amin di lapangan terbang sebelum berlepas ke Mekah. ― Foto fail oleh Saw Siow Feng Fazura bersama Fattah Amin di lapangan terbang sebelum berlepas ke Mekah. ― Foto fail oleh Saw Siow Feng Media mula melaporkan spekulasi bertiup kencang pasangan itu bernikah malam tadi apabila ramai peminat mengucapkan tahniah melalui media sosial.

Mereka didakwa bernikah di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya dengan tetamu terpilih sahaja dibenarkan masuk, lapor mStar Online pagi tadi.

Semua tetamu dilarang membawa telefon bimbit, lapor Utusan Online pula.

Namun majlis pertunangan atau pernikahan mereka masih lagi menjadi teka-teki.

Lagi Video di MMOTV