projekmmoBerita

Farid Kamil, Aaron Aziz pula bergelar Datuk

Pelakon Farid Kamil antara 169 individu, menerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk. ― Foto oleh Hasbullah Awang ChikPelakon Farid Kamil antara 169 individu, menerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk. ― Foto oleh Hasbullah Awang Chik

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Pelakon Farid Kamil, 36, dan dan Aaron Aziz, 41, hari ini bergelar ‘Datuk’, lapor Bernama.

Mereka, antara 169 individu, menerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Sementara isteri kepada menteri Wilayah Persekutuan, Anggraini Sentiyaki yang mendahului senarai dikurniakan gelaran ‘Datuk Seri’ bersama 21 individu lagi

Penganugerahan darjah kebesaran dan pingat itu bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Lagi Video di MMOTV