projekmmoBerita

Exco: Siasat sindiket wakaf Quran RM600 sebuah

Programme wakaf sebuah al-Quran setinggi RM600 di Terengganu dijalankan oleh sindiket atas nama pusat pengajian tertentu. — Foto AFP Programme wakaf sebuah al-Quran setinggi RM600 di Terengganu dijalankan oleh sindiket atas nama pusat pengajian tertentu. — Foto AFP KUALA TERENGGANU, 8 Nov — Sindiket mewakaf al-Quran bernilai RM600 senaskhah di Terengganu harus disiasat pihak berkuasa agama negeri, gesa seorang exco.

Exco komunikasi, multimedia dan tugas-tugas khas berkata sindiket itu mengenakan bayaran lebih tinggi berbanding nilai wakaf tanah.

Ghazali Taib berkata penipuan atas nama agama dan al-Quran demi keuntungan peribadi menggunakan nama pusat pengajian Islam tertentu, lapor Berita Harian.

“Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap sindiket itu...,” katanya. 

Enakmen Wakaf Terengganu mewajibkan pertubuhan dan individu yang menjalankan operasi wakaf mendapat kelulusan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM).

Lagi Video di MMOTV