projekmmoBerita

Ernie: Bukan soal cikgu, saya sedap menyanyi (VIDEO)

Kategori vokal terbaik AJL minggu lalu dimenangi Syamel dan Ernie menerusi lagu Aku Cinta dengan membawa pulang RM12,000 dan baucar RM2,000. — Foto oleh Shafwan ZaidonKategori vokal terbaik AJL minggu lalu dimenangi Syamel dan Ernie menerusi lagu Aku Cinta dengan membawa pulang RM12,000 dan baucar RM2,000. — Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR, 14 Feb — Penyanyi Ernie Zakri tidak melihat kapasiti sebagai guru vokal menjadi pemangkin kejayaannya pada Anugerah Juara Lagu (AJL).

Ernie, 25, berkata kelantangan vokalnya pada malam itu sudah pasti menambat hati sekaligus menewaskan penyanyi yang biasa mendominasi kategori vokal terbaik.  

“Tidak kisahlah guru vokal atau penyanyi biasa tetapi kalau rezeki itu sudah tertulis untuk saya, menyanyi sedap, jadi sedaplah jadinya.

“Ini semua rezeki. Mungkin kalau saya ada masalah mikrofon, tiadalah keputusan seperti itu,” katanya kepada ProjekMMO.

Kategori vokal terbaik AJL minggu lalu dimenangi Syamel dan Ernie menerusi lagu Aku Cinta dengan membawa pulang RM12,000 dan baucar RM2,000.

Hael Husaini pula berjaya menobatkan diri sebagai Juara Lagu membawa pulang RM50,000 dan baucar RM10,000 menyanyikan Jampi.

Tempat kedua dimenangi Sejati nyanyian Azmi Caliph Buskers dan tempat ketiga Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli.

Mereka masing-masing membawa pulang RM35,000 dan RM20,000 beserta baucar CJ Wow Shop RM2,000.

Altimet pula berjaya memenangi persembahan terbaik membawa pulang RM12,000, trofi, baucar CJ Wow Shop RM2,000 dan telefon Samsung A8.

Ernie berkata walau persembahannya minggu lalu mendapat pujian juri namun masih ada ruang untuk melakukan lebih baik pada masa depan.

“Kekurangan saya rasa sendiri sebab kami sudah berlatih banyak kali. Saya tahu mungkin saya boleh sampaikan lebih lagi.

“Tetapi syukur itu pun dapat maklum balas yang baik daripada juri. Sudah tentu saya rasa bangga dan bersyukur.

“Ini anugerah yang dimahukan semua penyanyi saya rasa. Sebagai penyanyi tentu rasa seronok apabila dapat anugerah vokal terbaik.

“Masa raptai kami menyaksikan Salma dan Dayang Nurfaizah. Dari situ kami lihat baiknya persembahan mereka dan kami hanya melakukan yang terbaik,” katanya.

Lagi Video di MMOTV