projekmmoBerita

Enggan pinjamkan kasut bola, 6 pelajar dibelasah senior

Polis Perak Tengah menyoal siasat 10 pelajar senior yang membelasah enam pelajar gara-gara kasut bola. — Paparan skrin GooglePolis Perak Tengah menyoal siasat 10 pelajar senior yang membelasah enam pelajar gara-gara kasut bola. — Paparan skrin GoogleSERI ISKANDAR, 18 Mei — Gara-gara enggan meminjamkan kasut bola kepada senior, enam pelajar dibelasah.

Mereka yang belajar di tingkatan dua sekolah berasrama penuh di Parit dekat sini, cedera di badan, lapor Berita Harian.

Mereka dibelasah 10 pelajar tingkatan tiga dan empat pada 5 Mei sebelum semua mangsa membuat laporan polis keesokannya.

“Semua mangsa tidak mengalami kecederaan teruk, cuma lebam pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul menggunakan tangan,” kata ketua polis daerah Perak Tengah.

Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sepuluh 10 pelajar senior itu disoal siasat.

Lagi Video di MMOTV