projekmmoBerita

Enggan kahwin, lelaki tukul kepala gadis didenda

Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap seorang pengganggur yang mengaku salah menukul kepala seorang gadis. ― Paparan skrin GoogleMahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap seorang pengganggur yang mengaku salah menukul kepala seorang gadis. ― Paparan skrin GooglePETALING JAYA, 15 Nov ― Akibat memukul kepala teman wanita menggunakan tukul besi, seorang penganggur didenda RM4,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap A Kesavan, 26, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencederakan kepala B Vekaneswari, 29, dengan menggunakan tukul besi di sebuah rumah di Kelana Jaya, di sini, pada 2.30 petang, 3 Okt lepas.

Bekas pemandu bas itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Terdahulu, tertuduh merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman berbentuk denda yang ringan dengan alasan dia telah insaf, bagaimanapun timbalan pendakwa raya Fazeedah Faik memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

Mengikut fakta kes, ketika mangsa berada di rumah, tertuduh memaksanya berkahwin, namun wanita itu enggan lalu tertuduh bertindak memukulnya dengan tukul besi. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV