projekmmoBerita

Enggan cetuskan ‘drama’, Neelofa pulang awal ABPBH

Neelofa pulang awal semasa majlis ABPBH atas alasan enggan mencetuskan sebarang drama. ― Foto oleh Choo Choy MayNeelofa pulang awal semasa majlis ABPBH atas alasan enggan mencetuskan sebarang drama. ― Foto oleh Choo Choy MayPETALING JAYA, 17 Mei ― Pelakon dan pengacara Neelofa mahu mengelak daripada terlibat dalam sebarang “drama” semasa majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, menyebabkannya pulang awal pada Ahad lalu.

Tidak mengulas lanjut situasi tersebut, Neelofa, 28, berkata dirinya hanya berada di belakang pentas dan tidak mahu sebarang spekulasi timbul jika terus menunggu sehingga majlis tamat.

“Sebelum orang reka spekulasi yang bukan-bukan, sekali gus mencetuskan drama, lebih baik saya tidak ke depan. Kebetulan saya datang lewat selepas lebih sejam acara bermula, jadi saya pun berada di belakang pentas hinggalah tugas saya selesai.

“Memang saya langsung tidak jumpa sesiapa yang berada di depan pentas,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Namun Pengacara TV Popular itu menafikan dakwaan pulang awal kerana kecewa gelaran Bintang Paling Popular yang dimenanginya tahun lalu bertukar tangan kepada Fattah Amin.

Katanya pasangannya dalam drama Suri Hati Mr Pilot itu layak menang kerana komited dengan kerja, pada masa sama mengelak untuk menjawab sama ada menghubungi Fattah untuk mengucapkan tahniah.

Lagi Video di MMOTV