projekmmoBerita

Elak rempuh kereta, bas bawa 21 penumpang terbalik

Sebuah bas ekspres terbalik ketika mengelak dari merempuh sebuah kereta lalu kira-kira 2.50 pagi, 23 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/BorneoSebuah bas ekspres terbalik ketika mengelak dari merempuh sebuah kereta lalu kira-kira 2.50 pagi, 23 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/BorneoSRI AMAN, 23 Nov ― Sebuah bas ekspres yang dinaiki 21 penumpang, terbalik di Kilometer 54, Jalan Pantu-Sri Aman di sini.

Kenderaan itu terbabas ketika mengelak daripada merempuh sebuah kereta lalu terbalik kira-kira 2.50 pagi tadi, lapor Kosmo!

Dua penumpang bas yang dalam perjalanan dari arah Kuching ke Miri, cedera dan dirawat di hospital.

Penolong pengarah operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata semua penumpang sudah keluar dari bas ketika 12 anggota tiba di lokasi nahas.

Tiong Ling Hii berkata balai bomba dan penyelamat Sri Aman menerima panggilan jam 3 pagi.

Lagi Video di MMOTV