projekmmoBerita

Dulu ‘duta kelab malam,’ Shamsubahrin syukur anak makin baik

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail mengakui perkembangan pemulihan anak perempuannya kini 'semakin baik' dan 'positif.' — Foto oleh Yusof Mat IsaAhli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail mengakui perkembangan pemulihan anak perempuannya kini 'semakin baik' dan 'positif.' — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 14 Jan ― Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail mengakui perkembangan pemulihan anak perempuannya kini "semakin baik" dan "positif."

Sejak dimasukkan ke sebuah pusat rehabilitasi sejak dua bulan lalu, beliau berkata anaknya "mula mendekatkan diri dengan Tuhan," lapor Metro Ahad.

"Ini perkembangan yang baik untuk saya. memang saya mahukan dia berubah dan menyedari perbuatannya selama ini bertentangan dengan agama," katanya.

Shamsubahrin pada November tahun lalu mencekup sendiri anaknya berusia 20 tahun dalam keadaan khayal bersama lelaki warga Afrika di Bukit Bintang di sini.

Beliau yang sebelum ini dikenali aktif bersama persatuan teksi mendedahkan anaknya disyaki menjadi “duta kelab” atau pelayan pusat hiburan yang mampu meraih pendapatan lumayan.

Sambil bersyukur, Shamsubahrin berkata anaknya sedang menjalani pemulihan akhlak di pusat itu, memandangkan masalah dadah "tidak begitu kritikal."

Beliau juga sedia melanjutkan proses pemulihan secara bulanan jika belum berpuas hati dengan keadaan anaknya dalam tempoh enam bulan ini.

"Saya tidak kisah asalkan anak saya kembali ke pangkal jalan dan menyedari setiap perbuatannya sebelum ini adalah salah," katanya.

Lagi Video di MMOTV