projekmmoBerita

Dua budak lelaki disyaki jadi pendera seksual ditahan

Dua budak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun ditahan di Limbang bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan penderaan seksual ke atas budak perempuan berusia sembilan tahun. — Foto AFPDua budak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun ditahan di Limbang bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan penderaan seksual ke atas budak perempuan berusia sembilan tahun. — Foto AFPMIRI, 11 Sept — Dua budak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun ditahan di Limbang petang tadi bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan penderaan seksual ke atas budak perempuan berusia sembilan tahun di Limbang, malam semalam.

Kedua-dua suspek didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah stor baja di Kampung Palas pada 7.10 malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Datuk Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata kedua-dua suspek ditahan selepas ibu mangsa yang berusia 32 tahun, seorang pekerja ladang, membuat laporan polis.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata wanita itu memberitahu polis beliau terjumpa anaknya berbaring di atas tilam tanpa pakaian dari pinggang ke bawah selepas kali terakhir beliau melihat anaknya bermain dengan kedua-dua budak lelaki itu. — Bernama 

Lagi Video di MMOTV