projekmmoBerita

Dokumen kalimah Allah ikut OSA, permohonan gereja ditolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan gereja untuk membuat semakan larangan kalimah Allah. ― Paparan skin GoogleMahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan gereja untuk membuat semakan larangan kalimah Allah. ― Paparan skin GoogleKUALA LUMPUR, 16 Okt ― Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan gereja untuk mengetahui alasan kerajaan melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada bukan Islam.

Peguam Annou Xavier mewakili gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah, mengesahkan mahkamah itu menolak permohonan anak guamnya untuk semakan dokumen.

“Salah satu sebabnya ialah dokumen itu diklasifikasikan bawah Akta Rahsia Rasmi, jadi kerajaan menanggap ia dokumen sulit kerana OSA dan tidak akan didedahkan,” katanya.

Beliau berkata mahkamah menyifatkan tiada keperluan untuk dokumen itu didedahkan untuk semakan.

Keputusan itu dimaklumkan dalam kamar Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

* Baca selanjutnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV