projekmmoBerita

Dituduh bawa mulut, Lana Nordin diugut saman

Lana bergambar bersama suami Mohd Daud McKienzie dan anak Gia Quinn McKienzie semasa sambutan Aidilfitri lalu. — Foto oleh Yusof Mat IsaLana bergambar bersama suami Mohd Daud McKienzie dan anak Gia Quinn McKienzie semasa sambutan Aidilfitri lalu. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 3 Dis — Pelakon Lana Nordin mendakwa perselisihan bersama penyanyi 1980-an Norshila Amin minggu lalu berlaku angkara salah faham.

Lana, 37, berkata penyanyi “Kad Ucapanmu” tersalah faham menganggap dirinya menjaja cerita tentang penipuan duit beberapa selebriti yang menyertai bazar Brunei.

“Saya jelaskan kepadanya bahawa bukan saya yang sebarkan cerita itu sebaliknya semua selebriti yang terbabit dalam bazar di Brunei tahu apa yang berlaku.

“Malah mereka bercerita sesama sendiri. Saya ada bukti untuk menyangkal tuduhan itu termasuklah perbualan bersama penganjur.

“Dia juga mengugut mahu menyaman saya. Terus terang, saya tak gentar kerana ada bukti,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon drama “Gol & Gincu” berkata perkara itu diketahui selepas Norshila menunjukkan reaksi kurang senang terhadapnya semasa bazar di Singapura minggu lalu.

Katanya, Norshila bersikap kasar apabila menyindir dan menendang troli yang diletakkan berhampiran gerainya.

“Saya cuba tidak mempedulikan dia dan pada awalnya keadaan masih terkawal. Namun, dia mula bertindak melampau apabila saya meninggalkan gerai.

“Setiap kali lalu di hadapan gerai saya, dia akan menyumpah dan ada beberapa kali juga dia menendang troli yang ada berhampiran gerai saya.

“Mungkin dia ingatkan yang menjaga gerai saya itu adalah pekerja dan dia tidak tahu sebenarnya gadis terbabit itu adalah anak saudara saya.

“Sudah tentu apabila dia bertindak demikian, anak buah saya akan mengadu dan menceritakan apa yang berlaku,” Lana dilaporkan berkata.

Norshila dilaporkan akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan situasi semasa antara dia dan Lana.  

Lagi Video di MMOTV