projekmmoBerita

Ditahan SPRM, Shafie sambut hari lahir di mahkamah (VIDEO)

Datin Shuryani Shaib (tiga, kiri) dan Mohd Shezwi Shafie (kanan) menyalakan lilin buat atuk Seri Mohd Shafie Apdal di luar mahkamah. Datin Shuryani Shaib (tiga, kiri) dan Mohd Shezwi Shafie (kanan) menyalakan lilin buat atuk Seri Mohd Shafie Apdal di luar mahkamah. KOTA KINABALU, 20 Okt ― Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyambut hari jadi ke-60 di mahkamah. 

Bekas menteri itu, yang dibawa untuk perintah reman, disambut dengan tiga biji kek oleh isteri dan ratusan penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan). 

Isterinya Datin Shuryani Shaib dan anak mereka Mohd Shezwi Shafie meniup lilin ketika 300 penyokong berkumpul sambil menyanyikan lagu hari lahir. 

Memakai baju jingga, warna Warisan, penyokong Shafie juga melaungkan “Sabah Ubah”, “Tangkap Musa”, “Tangkap MO1” dan “demokrasi”. 



Bekas naib presiden Umno itu, yang dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi malam tadi, dibawa ke mahkamah di sini jam 2.30 petang.

Shafie, kini presiden Warisan, ditahan berhubung siasatan kes penyelewengan dana pembangunan luar bandar sebanyak RM1.5 bilion.

Beliau ditahan SPRM pada jam 9 malam tadi setelah dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Sabah petang semalam.

Majistret membenarkan suruhanjaya itu menahan reman beliau selama empat hari.

* Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV