projekmmoBerita

Disangka ramai kekasih, cinta Jalaluddin Hassan teruji

Jalaluddin Hassan sah menjadi suami Rapidah Abd Ghani, 44, semalam dalam satu majlis akad nikah di Masjid Bandar Tun Hussein Onn. ― Foto ihsan Instagram/NailahJalaluddin Hassan sah menjadi suami Rapidah Abd Ghani, 44, semalam dalam satu majlis akad nikah di Masjid Bandar Tun Hussein Onn. ― Foto ihsan Instagram/NailahKUALA LUMPUR, 13 Nov ― Tidak mendapat restu ibu mertua hampir menjadi penghalang kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan untuk mendirikan rumah tangga.

Jalaluddin 63, berkata bagaimanapun Esah Samad, 77, terbuka hati menerimanya selepas diyakinkan aktivis teater Lokman Ghani yang kini menjadi abang iparnya.

“Bagaimanapun ibu mertua kurang bersetuju, maklumlah artiskan, girlfriend banyak... hahaha!

“Namun ibunya terbuka hati menerima saya selepas diyakinkan oleh Lokman yang juga rakan baik saya,” katanya seperti dilaporkan mStar Online.

Pelakon filem Gemilang sah menjadi suami Rapidah Abd Ghani, 44, semalam dalam satu majlis akad nikah di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.

Jalaluddin menikahi Rapidah, ibu tunggal empat orang anak selepas isterinya Hashimah Mad Ehsan meninggal dunia 5 November tahun lalu.

Lagi Video di MMOTV