projekmmoBerita

Dipaksa minum air gelegak, bibir murid melecur

Polis Dang Wangi menerima aduan mengenai seorang kanak-kanak dipaksa minum air menggelegak hingga mengakibatkan bibirnya melecur. — Paparan skrin GooglePolis Dang Wangi menerima aduan mengenai seorang kanak-kanak dipaksa minum air menggelegak hingga mengakibatkan bibirnya melecur. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 12 Feb — Seorang murid darjah satu melecur di bibir selepas ibu tiri didakwa memaksanya minum air yang menggelegak.

Ibu kandung mangsa mengetahui perkara itu selepas dia mengambil anak bongsunya di rumah bekas suami di Lenggeng, Negeri Sembilan Jumaat lalu.

Nurul Dahlia Jaafar, 35, terkejut apabila mendapati bibir mangsa melecur, didakwa akibat perbuatan ibu tirinya Isnin lalu, lapor Harian Metro.

“Apabila saya bertanyakan punca kesan lecur itu, anak saya memberitahu dia dipaksa minum air panas yang sedang menggelegak,” katanya.

Nurul Dahlia, guru sekolah agama, bercerai dengan bapa mangsa pada 2011 dan mangsa dijaga bekas suaminya bersama tiga lagi anak mereka, usia 14, 13 dan lapan tahun.

Pernah tiga hari ditahan lokap kerana membawa anak-anak tinggal bersamanya, beliau dalam proses menuntut hak penjagaan di mahkamah syariah. Bekas suaminya berkahwin lagi pada Disember 2016.

Sementara itu, ketua polis daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah berkata aduan dibuat ibu kandung mangsa sekitar jam 7.30 malam Sabtu lalu.

Lagi Video di MMOTV