projekmmoBerita

Dinodai dua lelaki, gadis diugut sebar rakaman rogol

Seorang gadis dirogol ketika menghadiri parti makan malam di rumah rakannya di Pantai Hillpark, Pantai Dalam. — Paparan skrin GoogleSeorang gadis dirogol ketika menghadiri parti makan malam di rumah rakannya di Pantai Hillpark, Pantai Dalam. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 14 Dis — Seorang gadis dinodai dua lelaki selepas tidak sedarkan diri akibat dipaksa mengambil minuman keras dalam parti makan malam.

Mangsa, 18 tahun, menyedari dirogol apabila mendapati dirinya tidak berpakaian di sebuah rumah rakannya di Pantai Hill Park, Pantai Dalam di sini, sebelum cuba melarikan diri, lapor Harian Metro.

Dua lelaki, 20-an, mengugut untuk menyebar foto  dan video kejadian rogol itu ke laman sosial jika mangsa mendedahkan kejadian tersebut.

“Berikutan itu, mangsa berasa takut dan kemungkinan menyebabkannya terjun dari kondominium hingga parah di kepala dan anggota badan,” kata sumber.

Bapa mangsa kemudian membuat aduan di balai polis Brickfileds. Mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Lagi Video di MMOTV