projekmmoBerita

Dinodai bergilir, dipukul, remaja dibiar di hutan

Seorang remaja 16 tahun membuat aduan di balai polis Dengkil selepas dirogol, dipukul, disamun dan ditinggalkan di hutan. ― Paparan skrin Google Seorang remaja 16 tahun membuat aduan di balai polis Dengkil selepas dirogol, dipukul, disamun dan ditinggalkan di hutan. ― Paparan skrin Google KAJANG, 13 Nov ― Seorang remaja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki kelmarin sebelum dipukul dan ditinggalkan di dalam hutan.

Mangsa, 16 tahun, yang melepak dan berborak dengan teman lelaki dan dua suspek pada jam 4 pagi sebelum dibawa ke sebuah rumah di Bandar Baru Bangi.

Sumber polis berkata sewaktu mereka tiba, ada seorang lagi lelaki di premis itu dekat Seksyen 4 di sini, lapor Harian Metro.

“Ketika mereka sedang berborak, seorang lelaki memaksa mangsa masuk ke dalam bilik dan merogolnya,” katanya seperti dilapor.

“Dua lagi suspek masuk dan melakukan perkara yang sama.” Mangsa merayu dihantar pulang namun tidak diendahkan, kata sumber.

Malangnya, kata sumber lagi, mangsa yang menetap di Bandar Puchong Jaya dibawa ke kawasan hutan sebelum dipukul di muka.

“Suspek meminta mangsa menyerahkan barangan peribadi miliknya. Mangsa yang enggan ditendang keluar dari kenderaan oleh suspek.

Barangan peribadinya termasuk telefon pintar, jam tangan, wang tunai serta kad pengenalan dirampas, kata sumber.

Namun anggota Rela yang menemui gadis itu membawanya pulang. Aduan pula dibuat di balai polis Dengkil. Polis sedang memburu suspek.

Lagi Video di MMOTV