projekmmoBerita

Difitnah masuk PKR, exco Selangor kekal PAS (VIDEO)

Exco Selangor Zaidy Abdul Talib menafikan beliau menyertai PKR seperti dakwaan dalam media sosial. — Foto ihsan Facebook/Zaidy Abdul TalibExco Selangor Zaidy Abdul Talib menafikan beliau menyertai PKR seperti dakwaan dalam media sosial. — Foto ihsan Facebook/Zaidy Abdul TalibSELAYANG, 7 Feb — Wakil rakyat PAS Taman Templer Zaidy Abdul Talib menafikan dirinya menyertai PKR dan menegaskan masih bersama PAS.

Susulan penularan foto borang keahlian PKR tertera namanya di media sosial, disifatkan exco Selangor itu sebagai “fitnah jahat”, lapor Sinar Harian.

“Berita yang bertebaran di media sosial tidak benar,” kata exco infrastruktur dan kemudahan awam, pemodenan pertanian dan industri asas tani.

“Saya tetap istiqamah dengan PAS, mesej yang tular itu fitnah jahat sengaja ditimbulkan,” katanya lagi.

Kenyataan beliau, juga YDP PAS Selayang, dibuat melalui video pendek yang dikongsi dalam akaun Facebooknya malam semalam.  

Lagi Video di MMOTV