projekmmoBerita

Diesel turun tiga sen, harga petrol tidak berubah

Harga petrol kekal namun diesel kurang tiga sen bermula tengah malam ini. — Foto BernamaHarga petrol kekal namun diesel kurang tiga sen bermula tengah malam ini. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 23Ogos — Harga petrol RON95 dan RON97 bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini tidak berubah iaitu pada RM2.15 dan RM2.43 seliter.

Harga diesel pula turun tiga sen menjadikan harga baharu berkuatkuasa tengah malam ini ialah RM2.01 seliter.

Pelaksanaan harga berkenaan akan bermula tengah malam ini sehingga 30 Ogos 2017.

Lagi Video di MMOTV