projekmmoBerita

Diejek tinggal di ‘kandang kambing’, murid berhenti sekolah

Khairul Nizam Fadli malu diejek rakan-rakan di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1 menyebabkan beliau berhenti belajar. — Paparan skrin GoogleKhairul Nizam Fadli malu diejek rakan-rakan di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1 menyebabkan beliau berhenti belajar. — Paparan skrin GoogleKOTA BARU, 12 Nov — Seorang murid darjah empat berhenti sekolah lantaran tidak tahan diejek rakan kerana tinggal di “kandang kambing”.

Khairul Nizam Fadli juga tiada kelengkapan lain termasuk seragam baru untuk belajar di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1, lapor Kosmo!.

“Untuk sediakan kelengkapan sekolah Khairul Nizam saya tidak berduit. Disebabkan itu dia menjadi mangsa ejekan di sekolah kerana pakaian yang lusuh, paling teruk ialah ada kanak-kanak mengejeknya tinggal di kandang kambing,” kata ibunya.

Mereka mendiami sebuah bangsal berkeluasan sembilan meter persegi berlantai kayu reput, berdinding papan lapis dan atap zink di tanah milik datuk sebelah ibu Khairul Nizam sejak 10 tahun lalu.

Apabila hujan, air masuk melalui celahan dinding zink dan papan lapis di kediaman mereka di Kampung Kedai Buloh di sini.

Sarina Musa, 32, berkata anak sulungnya itu malu dan enggan bersekolah sejak dua tahun lalu serta mahu membantu keluarga termasuk menjaga adik perempuannya, Mustika Ayuni, 5, yang mengidap sawan sejak kecil.

Menyifatkan Khairul Nizam rajin membantu tanpa disuruh, beliau berkata mereka miskin dan makan pakai ala-kadar, apatah lagi suami Fadli Jusoh, 36, hanya pengutip kelapa.

Sarina juga membuat tiga kerja sehari, menyiang ikan untuk dibuat kerepok, mencanting batik dan melekatkan batu pada tudung untuk memperoleh kira-kira RM20 hingga RM30 sehari.

Lagi Video di MMOTV