projekmmoBerita

Dibelasah 20 senior, pelajar cedera badan, kaki

Dua penuntut kolej vokasional yang dipukul 20 pelajar senior menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu. — Paparan skrin GoogleDua penuntut kolej vokasional yang dipukul 20 pelajar senior menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu. — Paparan skrin GoogleKUALA TERENGGANU — Gara-gara tidak mengikut arahan pelajar senior dan dianggap sombong, dua pelajar lelaki di sebuah kolej vokasional di sini dipukul 20 pelajar tanpa belas kasihan.

Kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 pagi semalam (Selasa) itu menyebabkan dua pelajar berusia 16 tahun terbabit cedera pada bahagian belakang badan dan kaki.

“Pada mulanya mereka hanya membelasah kawan sebilik, mereka menutup muka rakan itu dengan selimut dan membelasah beramai-ramai. Mereka kemudiannya keluar tetapi kembali semula dan mengajak rakan saya bergaduh tetapi dia menolak untuk berbuat demikian.

“Dalam bilik saya ada 10 penghuni tetapi hanya ada tiga pelajar tahun satu...seorang lagi tidak dipukul, hanya saya dan kawan itu sahaja,” kata rakan mangsa yang turut menjadi mangsa pukul ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, malam tadi.

Beliau mendakwa rakannya mengalami kecederaan pada bahagian belakang hingga lebam kehitaman dan telah membuat laporan polis. — Bernama

Lagi Video di MMOTV