projekmmoBerita

Diana enggan lawat Farid, serah kepada undang-undang

Diana Danielle bersama dua anaknya ketika Muhammad berusia tiga tahun dan Nur Aurora, tujuh bulan, — Foto ihsan Instagram/Diana DanielleDiana Danielle bersama dua anaknya ketika Muhammad berusia tiga tahun dan Nur Aurora, tujuh bulan, — Foto ihsan Instagram/Diana DanielleKUALA LUMPUR, 13 Jan — Pelakon Diana Danielle “tidak akan” melawat suaminya di balai polis Kota Damansara.

Keputusan untuk tidak menemui Datuk Farid Kamil yang direman empat hari, dimaklumkan aktres itu kepada ibunya Norsiah Ramli, lapor Kosmo!.

“Diana juga memberitahu dia menyerahkan semua yang berlaku terhadap Farid kepada undang-undang,” kata ibu mentua Farid.

Menolak dakwaan Farid “sudah lama tidak bertemu” dua anaknya, Norsiah menafikannya tetapi mengakui sering menjaga mereka jika Diana sibuk dengan penggambaran Gol & Gincu 2.

Setahu wanita itu juga, Farid ada membelikan ais krim untuk Muhammad, lima tahun, dan Aurora, tiga tahun, pada Rabu lalu.

“Jadi tidak timbul soal Farid sudah lama tidak bertemu anak-anaknya,” katanya.

Beliau juga menafi Diana “tidak tinggal sebumbung” dengan Farid tetapi mengakui anak mereka kerap ada di rumahnya kerena mereka berjiran.

“Farid pun ada kunci rumah saya. Farid pada bila-bila masa boleh keluar atau masuk bertemu anak-anak dan isteri.”

Pada 11 Januari lalu, Farid ditahan atas beberapa kesalahan, termasuk menampar polis dan mengambil dadah.

Lagi Video di MMOTV