projekmmoBerita

Demi swafoto, lelaki panjat pencawang elektrik (VIDEO)

Seorang lelaki memanjat pencawang elektrik bagi merakam swafoto sebelum ditahan polis, 20 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/Mohd FaizalSeorang lelaki memanjat pencawang elektrik bagi merakam swafoto sebelum ditahan polis, 20 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/Mohd FaizalKUALA LUMPUR, 21 Nov ― Demi merakam swafoto unik sempena hari jadinya, seorang lelaki memanjat setinggi hampir 100 meter pencawang elektrik.

Namun perbuatan lelaki 26 tahun itu disangka mahu membunuh diri menyebabkan orang ramai menghubungi bomba dan polis, lapor Harian Metro.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memerlukan sejam bagi memujuk lelaki itu turun selepas mereka dimaklumkan pada 5.29 petang semalam.

“Bagaimanapun dia bertindak turun selepas dinasihati anggota polis dan bomba menggunakan pembesar suara,” kata Khirudin Drahman.

Lelaki itu ditahan polis sebaik sahaja turun dari pencawang dekat sebuah hotel dekat Universiti Malaya.

Lagi Video di MMOTV