projekmmoBerita

Dedah rakaman, PKR dakwa Umno pindah undi polis

Dr Afif Bahardin mendedahkan rakaman suara yang mendakwa lebih 800 anggota polis dipindah 'secara sulit' ke Permatang Pauh. — Foto oleh KE Ooi Dr Afif Bahardin mendedahkan rakaman suara yang mendakwa lebih 800 anggota polis dipindah 'secara sulit' ke Permatang Pauh. — Foto oleh KE Ooi PETALING JAYA, 8 Feb — Satu rakaman suara berhubung dakwaan pemindahan sulit lebih 800 pengundi polis di Permatang Pauh didedah oleh Angkatan Muda PKR.

Rakaman suara pemimpin atasan Umno bahagian itu dibuat ketika berucap di pada 28 Januari lalu, dakwa timbalan ketuanya Dr Afif Bahardin lagi. 

Exco Pulau Pinang itu, juga wakil rakyat Seberang Jaya, mendakwa ucapan rakaman 77 saat itu di majlis Umno di Sekolah Politeknik Seberang Perai.

“Kami amat terkejut dan bingung berhubung dakwaan yang dibuat dalam rakaman itu,” kata Dr Afif dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

“Jika [dakwaan dalam] rakaman itu benar, ini bermakna wujud manipulasi dalam proses pilihan raya melibatkan undi awal dan undi pos oleh Umno.

“Tindakan itu pasti disokong oleh polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).” 

Diperdengarkan kepada wartawan, suara dalam rakaman itu mendakwa pengundi polis dipindahkan secara rahsia dari beberapa lokasi ke parlimen itu.

Permatang Pauh, kubu kuat PKR, kini dipegang oleh presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Seberang Jaya satu daripada tiga kerusi negeri di situ.

Lebih 800 anggota polis itu didakwa dipindah dari kawasan-kawasan Tanjong, Datuk Keramat dan Penang Road di sebelah pulau. 

Baca seterusnya di Malay Mail

Lagi Video di MMOTV