projekmmoBerita

Dadah dalam paket ‘perisa buah’, ada logo ‘halal’

Sebanyak 200 paket mengandungi metamfetamin dibungkus dalam paket perisa buah berlogo halal bagi mengaburi pihak berkuasa. — Foto ihsan Facebook/Komuniti Kuantan Sebanyak 200 paket mengandungi metamfetamin dibungkus dalam paket perisa buah berlogo halal bagi mengaburi pihak berkuasa. — Foto ihsan Facebook/Komuniti Kuantan KUANTAN, 16 Jan — Polis merampas dadah jenis syabu dalam 200 paket serbuk minuman perisa buah berlogo halal yang ingin dijual RM250 sekeping. 

Metamfetamin seberat 1,660.8 gram dibungkus dalam paket itu, tanpa sebarang perisa, bagi mengaburi pihak berkuasa, lapor portal Kosmo!.

“[...] ia dijual kepada pengunjung kelab malam di daerah ini pada harga RM250 setiap satu,” kata timbalan ketua polis Pahang Datuk Jamaludin Kudin. 

Seorang lelaki 38 tahun, yang mempunyai 12 rekod jenayah dadah, ditangkap 4.30 pagi kelmarin di Taman Permata di sini.

Polis turut merampas 101.8 gram ketulan syabu dan 500 biji pil erimin seberat 140.6 gram yang masing-masing bernilai RM7,000 dan RM7,500.

Ketika serbuan itu, kereta jenis Perodua Myvi bernilai RM40,000 dirampas.

Suspek direman tujuh hari sehingga 19 Januari. Kes disiasat bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

Lagi Video di MMOTV