projekmmoBerita

Curi RM600 lebih, wanita kena denda RM1,200

Mahkamah Majistret mendenda RM1,200 terhadap seorang wanita yang mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan, termasuk mi segera. ― Paparan skrin GoogleMahkamah Majistret mendenda RM1,200 terhadap seorang wanita yang mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan, termasuk mi segera. ― Paparan skrin GoogleMELAKA, 17 Nov ― Seorang wanita didenda RM1,200 gara-gara mencuri pelbagai barangan bernilai hanya RM640.72 di sebuah pasar raya di sini bulan lalu.

Nur Edayu Shamsudin, 23, dituduh mencuri antaranya mi segera, minuman Milo dan Nescafe, selain empat unit minyak masak Seri Murni dan Buruh.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri di pasar raya Aeon pada 29 Oktober lalu, lapor Kosmo!

Dituduh bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Nur Edayu dipenjara sehari mulai tarikh graduan itu dijatuhkan hukuman.

Baru tamat belajar dalam bidang pelancongan dan perhotelan, tertuduh membayar denda tersebut.

Lagi Video di MMOTV