projekmmoBerita

Cuma guna pembaris, geng pencuri larikan 17 kenderaan

Polis Sentul menahan empat ahli Geng Vicky Boy yang aktif mencuri kenderaan jenis  sekitar Lembah Klang. — Paparan skrin GooglePolis Sentul menahan empat ahli Geng Vicky Boy yang aktif mencuri kenderaan jenis sekitar Lembah Klang. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 13 Dis — Hanya pembaris panjang diperlukan bagi kumpulan penjenayah yang melarikan 17 kenderaan sekitar Lembah Klang.

Sejak enam atau tujuh bulan lalu, mereka aktif mencuri dengan membuka kunci pintu kenderaan jenis lama yang diparkir di tepi jalan atau rumah pangsa, lapor Sinar Harian.

Ketua polis daerah Sentul berkata mereka, dikenali sebagai Geng Vicky Boy, kemudian meleraikan kenderaan bagi mendapatkan komponen alat ganti untuk dijual.

“Tertangkapnya suspek berkenaan berjaya membawa penemuan 17 buah kenderaan pelbagai model dianggar bernilai RM200,000, yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang,” kata ACP R Munusamy.

Beliau berkata dua suspek ditahan pasukan khas yang menyerbu sebuah rumah di Sungai Buloh, jam 11.30 malam pada 4 dan 5 Disember lalu.

Katanya, tiga lagi suspek ditahan dalam serbuan di Jinjang dan Chow Kit. Semua direman sehingga Jumaat ini. Kes disiasat bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Kenderaan yang ditemui ialah 10 Perodua Kancil, Proton Satria (dua), Proton Wira (dua), Proton Saga (satu), Honda Accord (satu) dan van Nissan (satu).

Lagi Video di MMOTV