projekmmoBerita

Cemburu dengan teman lelaki, gadis cuba bunuh diri dua kali

Seorang wanita cuba terjun jejantas sebelum sempat diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Lumut, 21 Mac 2017. — Foto ihsan Facebook/IPCINFOSeorang wanita cuba terjun jejantas sebelum sempat diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Lumut, 21 Mac 2017. — Foto ihsan Facebook/IPCINFOLUMUT, 23 Mac — Cemburu melihat teman lelaki berbual dengan perempuan lain, seorang gadis mengamuk dan dua kali mengugut cuba bunuh diri, di sini, kelmarin.

Dalam dua kejadian berasingan, gadis berusia 21 tahun mahu berenang ke tengah laut di Pantai Perkelahan Awam Teluk Batik, pukul 11.33 pagi.

Gadis berasal dari Manong itu kemudian cuba terjun jejantas setinggi 3 meter di sebuah sekolah di sini jam 8.42 malam hari sama sebelum diselamatkan anggota bomba, lapor Harian Metro.

Saksi kejadian, Insyira Iriena Shamsul, 18, mendakwa gadis berkenaan mahu bertindak membunuh diri dengan berenang ke tengah laut.

“Difahamkan, teman lelaki itu datang kepada pemilik bot dan permainan air di sini memberitahu wanita berkenaan cuba membunuh diri sebelum pemilik bot, pemandu dan lelaki itu segera ke tengah laut untuk memujuknya,” katanya.

Gadis berkenaan katanya dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.43 malam dan berkejar ke lokasi dengan jentera dan Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS).

“Kami mengambil masa sekitar 10 minit memujuk mangsa sebelum seorang anggota wanita sempat memegang tangan mangsa dan dibawa turun,” kata Ismadi Darusman.

Lagi Video di MMOTV