projekmmoBerita

Calon SPM maut dihempap tembok runtuh

Ketua polis Kota Tinggi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes itu sebagai mati mengejut. — Paparan skrin GoogleKetua polis Kota Tinggi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes itu sebagai mati mengejut. — Paparan skrin GoogleKOTA TINGGI, 23 Julai — Seorang remaja maut selepas urat tengkuknya putus akibat dihempap tembok pagar sebelah rumahnya yang runtuh.

Haikal Hanafi Ayob dipercayai cuba memanjat tembok itu, selepas pulang dari kelas tambahan, 10 pagi semalam, kerana tidak mempunyai kunci rumah.

Pelajar SMK Bandar, di sini, itu ditemui bawah runtuhan pada 11.25 malam tadi oleh ayahnya, yang mencarinya sejak 6 petang, lapor Sinar Harian.

Ayob Ab Karim, 55, berkata anaknya, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak dapat keluar bersamanya dan isteri kerana menghadiri kelas tambahan.

“Bila tunggu dia tak balik-balik, saya hubungi rakannya. Namun rakannya maklumkan dia telah hantar Haikal 10 pagi di hadapan pintu pagar rumah.

“Ketika hendak keluar mencarinya, saya mula rasa tidak sedap hati apabila terpandang tembok pagar sebelah rumah yang 'hilang.'

“Sebaik melihat lebih dekat saya dapati anak sudah berada dibawah runtuhan batu pagar tersebut,” katanya, yang tinggal di Jalan Melor 2, Taman Guru di sini.

Lelaki itu, kemudian menghubungi ambulans dan polis sebelum pihak hospital mengesahkan punca kematian anaknya akibat urat tengkuk kedua putus.

Ketua polis daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes itu dianggap sebagai mati mengejut.

Jenazah Haikal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam pada 10.30 pagi ini.

Lagi Video di MMOTV