projekmmoBerita

Buli atlet boling hingga pengsan, 15 pelajar direman

Dua pelajar kolej vokasional yang dipukul 20 pelajar senior menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu. — Paparan skrin GoogleDua pelajar kolej vokasional yang dipukul 20 pelajar senior menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu. — Paparan skrin GoogleKUALA NERUS, 9 Ogos — Seramai 15 pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembesu di Kuala Nerus direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan kes buli.

Mereka berusia 16 dan 17 tahun disyaki memukul Ahmad Zikrill  Azim, 16, hingga pengsan dua kali dan lebam di badan, lapor Harian Metro.  

Kumpulan pelajar tersebut ditahan jam 8 malam tadi selepas laporan polis dibuat jam 3.30 petang semalam.

Perintah reman dikeluarkan penolong pendaftar mahkamah Roszita Md Saad. Mereka disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Mangsa adalah atlet boling Terengganu yang juga pelajar kolej vokasional yang sama.

Akibat kejadian itu, beliau dirawat di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Rakan mangsa Wan Ahmad Faris, 16, turut dipukul dan cedera di kaki dan calar di badan.

Mereka dipukul kerana dikatakan sombong dan tidak patuh arahan pelajar senior kira-kira 1.30 pagi semalam (Selasa).

Lagi Video di MMOTV