projekmmoBerita

Bukan hanya kemaluan, takrif ‘rogol’ akan diperluas

Demi keadilan pada mangsa rogol, takrif rogol akan diperluaskan untuk meliputi bahagian lain badan dan juga objek lain. — Foto AFPDemi keadilan pada mangsa rogol, takrif rogol akan diperluaskan untuk meliputi bahagian lain badan dan juga objek lain. — Foto AFPKUALA LUMPUR, 15 Mac — Hukuman kes rogol akan ditambah dan takrif rogol juga akan diperluaskan untuk meliputi bahagian lain badan dan juga objek lain.

Peruntukan tersebut akan dimasukkan dalam rang undang-undang Kesalahan Seks Kanak-kanak 2017 yang akan dibentang di Dewan Rakyat.

Pegawai di Jabatan Peguam Negara berkata langkah ini bagi memastikan pencabul wanita, khususnya kanak-kanak, tidak terlepas dari muka pengadilan.

“Kami sedang menjelaskan takrif rogol untuk meliputi bahagian-bahagian badan yang lain dan objek-objek lain juga.

“[Langkah] ini untuk memastikan individu yang melakukan kesalahan itu akhirnya tidak terlepas,” kata Datuk Ilani Mohd Ibrahim.

Beliau merujuk kes seorang warga emas 60 tahun yang dilepaskan daripada kes rogol apabila mendakwa dia memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsanya.

Rang undang-undang itu juga memperuntukkan hukuman lebih berat, kata Ilani. Pesalah rogol dihukum penjara lebih lebih 20 tahun dan sebatan.

Baca seterusnya di Malay Mail Online 

Lagi Video di MMOTV