projekmmoBerita

Bukan hantu penyebab kemalangan kerap di Karak, kata penguat kuasa

Kereta dipandu laju, tidak diselenggara dengan sempurna penyumbang kekerapan kemalangan dan bukan disebabkan gangguan makhluk halus. — Paparan skrin GoogleKereta dipandu laju, tidak diselenggara dengan sempurna penyumbang kekerapan kemalangan dan bukan disebabkan gangguan makhluk halus. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 12 April — Kekerapan kemalangan di Lebuhraya Karak antaranya disebabkan pemandu yang keletihan sehingga hilang fokus, berkhayal serta tergesa-gesa ketika memandu.

Badan pengkuat kuasa berkata kereta dipandu laju, tidak diselenggara dengan sempurna penyumbang kekerapan kemalangan dan bukan disebabkan gangguan makhluk halus, lapor Sinar Harian.

“Daripada kajian kes, punca kemalangan adalah disebabkan sikap pemandu yang memandu laju melebihi had kelajuan yang ditetapkan dan kemudiannya terbabas.”

“Memandu dalam keadaan letih juga boleh menyebabkan pemandu hilang fokus dan mengakibatkan kemalangan. Pemandu jangan sesekali hilang fokus dan berkhayal,” kata Ketua Polis Bentong Superitenden Mohd Mansor Mohamad.

Turut menyokong perkara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Mohd Zulkhairi Adek Awang dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Zainal Abidin Nong Chik.

Mereka menyangkal dakwaaan kemalangan berlaku disebabkan kejadian mistik atau ternampak kelibat tetapi sikap pemandu tergesa-gesa untuk sampai destinasi.

“Apabila mereka letih, muda mengantuk dan menyebabkan mereka berhalusinasi nampak kelibat,” kata Mohd Zulkhairi.

“Walaupun banyak kemalangan yang telah kami bantu, setakat ini anggota tidak pernah mengalami gangguan mistik selepas melakukan misi menyelamat kemalangan,” kata Zainal Abidin pula.

Lagi Video di MMOTV