projekmmoBerita

Brek rosak: Harley-Davidson panggil balik motosikal satu dunia

Lebih 251,000 motosikal Harley Davidson seluruh dunia dipanggil balik kerana masalah sistem brek. ― Foto ReutersLebih 251,000 motosikal Harley Davidson seluruh dunia dipanggil balik kerana masalah sistem brek. ― Foto ReutersCHICAGO, 8 Feb ― Pengeluar motosikal Amerika Syarikat (AS), Harley-Davidson, memanggil balik lebih 251,000 motosikal berikutan kemungkinan terdapat kegagalan dalam sistem brek, lapor agensi berita China Xinhua memetik Milwaukee Journal Sentinel pada Rabu.

Penarikan balik itu membabitkan motosikal CVO Touring dan VSRC yang dilengkapi sistem brek anti-kunci, iaitu model dari tahun 2008 hingga 2011.

Harley-Davidson, yang mempunyai ibu pejabat di Milwaukee, Wisconsin berkata tindakan itu akan menyebabkan syarikat berkenaan menanggung kos sebanyak US$29.4 juta (RM115 juta).

Kira-Kira 175,000 daripada motosikal terbabit telah dijual di AS.

Masalahnya adalah berkaitan sistem brek anti-kunci yang boleh mengakis dan gagal berfungsi tanpa amaran, berpunca .

Pada Julai 2016, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan AS mula menyiasat masalah brek itu selepas menerima 43 aduan berikutan laporan berkaitan tiga kemalangan dan dua kecederaan.

Masalahnya adalah berkaitan sistem brek anti-kunci yang boleh mengakis dan gagal berfungsi tanpa amaran, berpunca daripada tindakan sesetengah pemilik yang gagal menggantikan bendalir brek seperti yang dikehendaki setiap dua tahun.

Menurut laporan itu, bendalir tersebut boleh tercemar akibat kelembapan dan mungkin mengakis injap penggerak sistem brek anti-kunci. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV