projekmmoBerita

Bonus RM1,000, apa mimpi penjawat awam?

Reaksi staf JPN Pulau Pinang selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bayaran khas RM1,500 kepada penjawat awam. — Foto BernamaReaksi staf JPN Pulau Pinang selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bayaran khas RM1,500 kepada penjawat awam. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 7 Dis — Bagai tidak lena tidur penjawat awam malam ini mengenangkan bayaran khas RM1,000 yang akan diterima esok.

Demikian pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2018 yang diumumkan pada hujung Oktober lepas.

Bayaran khas RM1,000 yang diterima esok akan disusuli RM500 pada Jun nanti sempena sambutan Aidilfitri.

Kegembiraan itu turut dikongsi pesara kerajaan yang akan menerima RM500 esok dan RM250 pada Jun nanti.

Ketua pengarah perkhidmatan awam berkata bayaran khas itu adalah lambang keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam, lapor Harian Metro.

Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata penjawat awam memainkan peranan penting dalam mendokong kemajuan negara dan memberikan perkhidmatan berkesan kepada rakyat.

Lagi Video di MMOTV