projekmmoBerita

Belum sampai 24 jam, ketua wanita PKR dihalang ke Sarawak

Zuraida ditahan di Lapangan Terbang Miri kira-kira 2.40 petang tadi dan dikatakan gagal berunding dengan imigresen. — Foto oleh Yusof Mat IsaZuraida ditahan di Lapangan Terbang Miri kira-kira 2.40 petang tadi dan dikatakan gagal berunding dengan imigresen. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 23 Sept — Walaupun ketua menteri Sarawak sudah menyatakan kesediaan untuk menerima pemimpin pembangkang, ketua wanita PKR hari ini dihalang menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang.

Zuraida Kamaruddin berkata beliau ditahan di Lapangan Terbang Miri kira-kira 2.40 petang tadi dan gagal berunding dengan imigresen.

Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan ceramah politik di Taman BDC Kuching malam esok dan Datuk Amar Abang Johari Openg hari ini memberi kebenaran mereka untuk memasuki Sarawak.

Abang Johari berkata Sarawak menerima kemasukan pemimpin PH namun bukan di kalangan ekstremis seperti Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan ketua Baju Merah Datuk Jamal Yunos.

Antara pemimpin PH yang pernah dihalang ke Sarawak ialah Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV