projekmmoBerita

Beli banglo RM1.2j ‘tunai’, Datuk PKR dituduh beri info palsu

Pemimpin muda PKR Datuk Adam Rosly dituduh memberi keterangan palsu berhubung sumber kekayaan, termasuk banglo RM1.2 juta. ― Foto ihsan Jamal Md YunosPemimpin muda PKR Datuk Adam Rosly dituduh memberi keterangan palsu berhubung sumber kekayaan, termasuk banglo RM1.2 juta. ― Foto ihsan Jamal Md YunosKUALA LUMPUR, 21 April — Pemimpin muda PKR mengaku tidak bersalah memberi pernyataan dan dokumen palsu dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Datuk Adam Rosly Abdullah, 30, didakwa memberi pernyataan palsu berkaitan pembelian tunai banglo RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang.

Beliau menyebut mendapat sumber kewangan melalui pinjaman wang dua peminjam wang haram, pemberian keluarga, hasil jualan kereta serta hasil perniagaan, lapor Sinar Harian.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (8) akta sama.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Lagi Video di MMOTV