projekmmoBerita

Bekas menteri ke SPRM kes seleweng RM1.5 bilion

Bekas menteri persekutuan akan ke SPRM petang ini bagi memberi keterangan kes penyelewengan RM1.5 bilion. — Foto oleh Yusof Mat Isa Bekas menteri persekutuan akan ke SPRM petang ini bagi memberi keterangan kes penyelewengan RM1.5 bilion. — Foto oleh Yusof Mat Isa KOTA KINABALU, 19 Okt ― Bekas menteri diarah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira 5 petang ini.

Beliau dijangka memberi keterangan berhubung kes penyelewengan dana RM1.5 bilion sebuah kementerian antara 2009 hingga 2015, lapor Utusan Online.

Ahli politik itu, yang berada di Kuala Lumpur, terus ke pejabat suruhanjaya itu setibanya di lapangan terbang Kota Kinabalu jam 3.30 petang ini.

Seorang adik bekas menteri itu baru sahaja dibebaskan pagi ini setelah direman 10 hari bagi siasatan kes yang sama.

Sementara adik keduanya, abang kepada lelaki yang baru dibebaskan tadi, ditahan reman selama empat hari mulai semalam.

Siasatan terhadap bekas menteri itu dibuat bawah Seksyen 17a Akta SPRM. Setakat ini, menurut portal itu, RM179 juta sudah dibekukan.

Lagi Video di MMOTV