projekmmoBerita

Bekas MB gesa siasat Selangor jual tanah Ijok

CAPTION > Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan keputusan Selangor menjual tanah di Ijok ‘bukan amalan terbaik’ mengurus aset rakyat. ― Foto oleh Yusof Mat IsaCAPTION > Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan keputusan Selangor menjual tanah di Ijok ‘bukan amalan terbaik’ mengurus aset rakyat. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 15 Feb ― Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa siasatan dijalankan terhadap pihak yang memulangkan tanah yang dirampas di Ijok.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata tindakan tersebut bukan amalan terbaik dan “nilai urus niaga baik” mengendalikan aset rakyat.

Tanah-tanah tersebut dirampas oleh kerajaan negeri pada 2009 semasa beliau memimpin pentadbiran tetapi “dijual kepada pihak lain”.

Khalid berharap siasatan lebih mendalam dibuat berhubung “penyelesaian tersebut agar kebenaran dapat didedahkan”, katanya dalam kenyataan.

“Kerajaan negeri Selangor tidak seharusnya bersetuju dengan penyelesaian tersebut yang jelas telah memberi kesan negatif,” katanya.

Menteri besar antara 2008 hingga 2014, wakil Pelabuhan Klang berkata kini wujud tanggapan tindakan itu dibuat “dalam keadaan mencurigakan”.

Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali didesak menjelaskan isu tanah bernilai RM1.18 bilion yang dijual kepada dua syarikat pada 2016.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata keputusan itu dibuat sebelum kes didengar di Mahkamah Persekutuan.

Soalnya, apa justifikasi Azmin menyerahkan tanah itu walaupun keputusan mahkamah rayuan memihak kepada Khalid dan kerajaan negeri.

Lagi Video di MMOTV