projekmmoBerita

Bekas ketua Dewan Ulama PAS meninggal dunia

KOTA BARU, 8 Nov — Bekas ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Demit, Datuk Mohamad Daud, 78, meninggal dunia hari ini akibat angin ahmar.

Allahyarham yang menderita penyakit angin ahmar sejak beberapa tahun lalu meninggal dunia di sisi keluarganya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini pada pukul 6.42 petang.

Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian pada pukul 9 pagi esok sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran rumahnya di Lundang di sini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan di laman facebooknya berkata jasa allahyarham terlalu besar dalam pembangunan dasar Islam di Kelantan. 

Beliau berkata allahyarham adalah seorang tokoh yang terkenal dalam ilmu al-Quran dan menjadi rujukan ramai ilmuan, khasnya dalam menentukan hukum-hakam yang sukar untuk dibuat keputusan. — Bernama

Lagi Video di MMOTV