projekmmoBerita

Bekas askar daif, harap bantuan badan Buddha dan BR1M

Seorang bekas tentera yang hidup ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dibantu wang BR1M dan persatuan Buddha. — Foto oleh Saw Siow FengSeorang bekas tentera yang hidup ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dibantu wang BR1M dan persatuan Buddha. — Foto oleh Saw Siow FengSANGLANG, 14 Nov — Seorang bekas tentera, disahkan mengalami penyakit mental pada 2004, hanya bergantung kepada bantuan persatuan Buddha dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Izham Ismail, yang keluar wad pada Ogos 2006 sebelum khidmat tentera di Sarawak diberhentikan, tidak menerima bantuan lain atau pencen sejak itu.

“Sejak hari itu sampai sekarang saya tidak dapat kerja. Kadang-kadang saya terpaksa membuat kerja kampung,” katanya, 49, seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu isterinya Munirah Aziz, 46, pula menyifatkan kehidupan mereka sekeluarga umpama “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.

“Bulan-bulan kami harap duit bantuan dari sebuah persatuan Buddha sejak lima tahun lalu.

“Itu pun doktor yang rawat suami saya yang tolong,” katanya. Mereka sekeluarga menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Lebih malang, anak mereka yang terpaksa berhenti belajar di sebuah politeknik ekoran kekangan kewangan yang dihadapi.

Lagi Video di MMOTV