projekmmoBerita

Bayi baru lahir di hotel hidup di sisi mayat ibu

Mayat wanita ditutup dengan selimut setelah ditemui mati di sebuah hotel di Kota Kinabalu selepas melahirkan bayi, 14 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/DTTB Mayat wanita ditutup dengan selimut setelah ditemui mati di sebuah hotel di Kota Kinabalu selepas melahirkan bayi, 14 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/DTTB KOTA KINABALU, 15 Nov ― Seorang bayi lelaki, yang masih hidup, ditemui di sisi ibunya yang meninggal dunia selepas melahirkannya semalam.

Kejadian itu disedari teman lelaki wanita itu di sebuah hotel di Jalan Pantai, di sini, yang dihuni wanita 24 tahun itu sejak Isnin.

Kekasih perempuan itu menyelinap masuk ke hotel itu melalui tingkap pada 6.30 pagi selepas gadis itu tidak membuka pintu, lapor Kosmo!

“Wanita itu menginap seorang diri di hotel tersebut sejak Isnin lalu,” kata ketua polis daerah Kota Kinabalu ACP M Chandra.

“Bilik berkenaan didaftar atas nama teman lelakinya,” katanya. Wanita itu tidak cedera dan bayi itu hidup di sisi ibunya.

Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat, manakala bayi itu dihantar ke Hospital Likas untuk rawatan.

Lagi Video di MMOTV